“Dia jegil mata sampai tersembul keluar, OMG, takut babe, boleh you all imagine apa jadi lepas tu?” kata Linda. “Lepas tu, apa jadi babe?” tanya Ana kepada Linda.
Tiba-tiba, MD keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke pencetak Xerox yang terletak di sebelah pantry. Semuanya lari bertempiaran seperti tikus melihat kucing. Ada yang berpura-pura mengemas barang, menyapu lantai dan sebagainya.
“Cut!!, tolonglah jangan berlakon lagi. Lakonan you all teruk, boleh bankrupt production house. Dari pukul lapan tadi saya tengok you all semua berborak, sekarang dah pukul sepuluh. Sila tulis surat penjelasan, mengapa saya tak boleh pecat kamu semua.” Kata MD.
14 July 2011
Copyright©Sanusi Din 2011, All Rights Reserved.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar